Salam and Hello
Eh,tiada apa yang sepantas kilat,hanya mencoret sedikit kata setelah lama tidak menaip sebarang post untuk dikongsi.Di hampir ke hujung tahun,tiba-tiba menjadi sibuk dengan perkara yang ta dijangka-jangka.Aku diterima masuk ke IPTA yang terletak di Parit Raja,Batu Pahat.Dengan tertulisnya lembaran baru.Aku memulakan kehidupan sebagai seorang siswi.Kali ini pasti menarik akan kerana tempat menuntut ilmu ini berhampiran dengan rumahku.Aku adalah pengunjung setia terminal bas Batu Pahat yang terletak di Jln Rugayah kerana aku dapat pulang ke rumah manis ku pada setiap minggu.
Kehidupan seperti di Penang dapat dikikis sedikit demi sedikit dengan cara kehidupan yang berbeza di sini.Tiada lagi Jusco atau Sunway carnival berhampiran kediaman tetapi hanya dapat digantikan dengan Mekdi.Di sini tiada lagi pakcik Prebet rusa dan kini digantikan dengan Bus kuning causeway link yang aku terpaksa menanti kehadirannya di hadapan U.Banyak perkara yang berubah,tapi aku terus gembira.Kerana aku dapat terima semua ini.Perkara yang baru sentiasa mematangkan aku.
Korang baca post yang ini,sure korang boleh cakap aku skema.HAHA