HONSENTAP

Saturday

#gilenakmampus

Salam and hello,
Hari ini aku cuma nak kongsi beberapa keadaan dan keadaan.Sumpah aku sedang tertekan dengan keadaan-keadaan ini yang membuat aku terpaksa mengeluarkan ayat-ayat  kurang enak.

Situasi 1 : Kau berkawan dengan si A,si A sering merungut tentang duitnya yang kurang mencukupi sejak kebelakangan ini.Tetapi apabila diberi pilihan dalam membeli sesuatu barang yang mendatang kebaikan yang sama tetapi dalam nilai berbeza  X=RM 85.00 & Y=RM25.00 si kawan aku ini telah memilih nilai X.

Pendapat :Aku ta kisah kau nak beli berapa mahal pun barang tersebut,tapi kau jangan merungut pada aku yang wang kau tidak mencukupi untuk makan.Dan sanggup tidak mengikat perut kau.Aku simpati pada kau,tapi kau yang tidak sedar diri.




Situasi 2 : Waktu belajar di dalam kelas,kalau kau dah sekelas dan kau belajar perkara yang sama standard kau juga sama.Akan tetapi,kau yang merasakan diri kau pandai sangat itu sanggup deny semua jawapan yang diberikan oleh Lecturer.Eh hello,kau siapa.Kau baru setahum jagung nak menempuh dunia ijazah ini.


Pendapat :Eh hello,ta payah nak belagak rasa macam kau standard atau pandai sangat sebab kau nak cakap la kau first intake dan oh kau sangat hebat.Eh ta silap aku kau masa zaman poli adalah senior aku.So,kau second intake la kan masa poli.Alahai,perangai.Ur so fucking childish girl.


Situasi 3 :Kawan aku si B ini adalah rakan semasa di poli,dan merupakan pelajar cemerlang.Maklumlah CGPA Ompat Rato katanya.Dan dengan yakinnya,telah menyatakan hasrat kesungguhan beliau  begini "aku semester targer 3.9".Aku dan rakan-rakan lain yang mendengar merasa sangat  KAGUM,maksud aku SANGAT KAGUM dengan kesungguhan dia.HAHA.

Pendapat :Jangan nak gebang sangat boleh ,nanti kalau kau ta dapat kau yang malu.Di U bukan macam di poli.Aku ingatkan sahaja.Takut-takut kau yang malu.




Pesanan aku ,kita ni sama-sama baru nak hidup.Maka bersama-sama lah kita saling mengingati.Tiada apa yang perlu dibanggakan apabila menjadi pelajar baru yang ilmunya belum tepu di dada.Insyallah ,dengan merendah diri dan sedar diri hati kita mampu menunjuk jalan yang terbaik untuk kita tempuhi.