HONSENTAP

Thursday

JAKARTA

Salam dan Hello



Yang ini kali kita sudah berada di Jakarta.Sampai sahaja di Jakarta kami semua terasa sakit tekak.Perit rasanya.Mungkin disebabkan pencemaran udara di sana.Melihat hotel yang tidak kena pada selera layankan sahaja untuk satu malam lagi disini.Ta sabar pula mahu pulang ke Malaysia.Motifnya disini duitnya hampir kehabisan.Tapi makanan di hotel ini enak dan kena pada selera kami.



Malam ini tidur dengan nyenyak selepas menonton HBO dan segala Channel yang perlu berbayar di Malaysia itu.Wehuuuu.Tapi internetnya di sini tidak berapa syok.
Bangun keesokannya kami bergerak ke Pasar ape entah yang  seperti Pasar Baru.Barangannya cantik sekali.Grab tudung ta sudah.Mari lihat gambar,jalan tikus juga kami lalui.









Letih nak tunggu flight,pelbagai gaya terjadi.Selamat sampai di LCCT pada sebelas malam dijemput oleh cik amah dan mama . Sampai disini semoga kita bertemu kembali Jakarta.

BANDUNG ---> JAKARTA

Salam dan Hello
Hari kedua yang rajin menulis,amboi kemain menaipnye tu.

Yang hari ini kita dah ada kat Bandung.Tempat yang wajib dijelajah hari ini adalah Tangkuban Parahu dan Factory Outlet.Hakikatnya kami dengan wang yang tidak berapa mengijinkan adalah tidak berapa nak bekenan dengan barang di FO atas sebab yang sama seperti Reject Shop,tapi harga memang tersangat murah especially Baju sang jejaka.Mana lah nak dapat Lacoste dengan harga tigapuluhlima ringgitMalaysia.
Dan disebabkan waktu kami berkunjung ke FO hujan membasahi bumi kami ta berapa nak sempat bercandid.Marilah tengok gambar untuk cerita yang lebih berkesan .

Untuk hari ketiga di Bandung kami akan meninggalkan Kota Bandung. Untuk malam sebelum kami sudah beriye mengemas segala barangan kami.Lalu menuggu papa cipaganti un tuk membawa kami ke Tangkuban Parahu.Akan sebab eksaited yang terlampau atau boleh dikatakan kebetulan kami telah menaiki cipaganti yang silap.Yang kelakarnya kedua dua pemandu ini namanya kebetulan sama,Pak Dodo.Wajah yang posing kemain dalam MPV tu tersalah naik cipaganti.Wajah berdua di depan motel ,adalah wajah kaber malu tersilap naik cipaganti.










Terusan kegembiraan semasa di Tangkuban Parahu.Dingin sekali diketika ini.Pemandangannya juga sangat indah. Nikmati sahaja dari wajah kami semua,pasti anda dapat rasakan nya .
   






Wajah diatas ini adalah di tempat yang saya tidak pasti namanya.Tapi tempatnya indah dan lagi dingin dari Tangkuban Parahu.Dikawasan ini terdapat banyak villa yang selalunya disewakan kepada pengunjung atau pelangcong.Seram pun ada,tapi memang jauh dari kesibukan kota..Berakhir pasal Bandung,kita jumpa di Jakarta.

Wednesday

JAKARTA ---> BANDUNG

Hello dan Salam

Terlihat kekok penulisan kali ini,terlihat aneh kata kata kita kini.
Marilah mari kita menulis kembali.
Aku bukan penulis tegar sejak azali lagi tetapi indah membuai mimpi di blog ini .


Tudiaaaaa,kata geli geli ahhh dari ikin.Like seriously,dah lama ta menulis.Tiada waktu yang pasti,lebih banyak di twitter tercoret segala kisah .Twitter teman sejati boleh ?

Back to the title sahaja.Mari terus Post gambar harap tidak terperap di Draft lagi buat sekalian kali :)

Setibanya di Lapangan Terbang Jakarta kami terus mencari Cipaganti  untuk membawa kami ke Terminal 3
untuk kami bergerak terus ke Bandung.Kerana eksaited yang tidak terkata kami langsung tidak memikirkan perihal perot yang belum diisi .Jalan terus katanya.Oleh sebab itu kami terpaksa mengharungi kemacetan bandar Jakarta .Kemacetan di sana amat membunuh,kepala naik angin.Bangun tidur dan bangun dan tidur kembali tidak tiba lagi di Bandung.Sangat letih dan sakit punngung disini.Setelah mengharungi kemacetan selama hampir lima jam.Kami nampak bayang RnR .Makan nasi Padang makanya.Tidak dilupai Jus Apokat.Sementara belum pengsan masih lagi membelek Metro Bandung.Nasi padang tidak mengenyang kan lagi.Mari McCafe.







  Bermulanya melihat bandar Jakarta
   Nampak tulis Bandung je bertambah eksaitednye.








 Tidur dengan lena setelah dapat mendengar suara yang tersayang,Whatssap bagai.Hehehehe.Untuk esok harinya kami bangun seawal jam tujuh waktu sana.Melahap dulu.Tersenyum girang disini.Target untuk hari ini ke tempat barangan kulit,Pasar Baru dan Tokoh Tiga.Tapi perempuan kan kalau cari barang ta hengat.Dari pagi sampai ke petang di Pasar Baru sahaja.Gambar yang berdagang itu adalah di sekitar bandung.Mereka berdagang di tepi jalan.Apa sahaja asal mendatangkan hasil,sangat bersungguh orang di sana.Kain sulam lah,telekung kain kapas Paris lah.Segalanya kegilaan kami yang turut memenuhi kiriman dari pihak di Malaysia .

















Yang kekonon ada kedai Brand bagai ni ,Paris Van Java.Harga barang dalam ni samelah kalau diconvert kepada wang Malaysia.Berakhir untuk hari pertama menjelajah Kota Bandung.