HONSENTAP

Wednesday

HOLIDAY with new experienced

Salam dan Hello
Secara zahirnya perasaan rindu itu sentiasa ada pada sesiapa sahaja.
Perbezaannya hanya pada mengaku rindu atau tidak.Dan ingin aku nyatakan di sini
yang aku rindu blog aku ini.Dah lama tak Update,terasa banyak perkara  belum dikongsi lagi
dengan kawan-kawan aku yang rajin jenguk blog aku ini.


Aku ingin menghantar laporan kepada kawan-kawan yang aku kini sedang sibuk menghadiri
Kursus 3P.Apa itu  3P ? 3P stands for Penternakan ,Perlepakan dan Percuma ehh ehh
silap la it stands for Program Pertauliahan Profesional.Tapi apa yang aku cakap tu
betul jugak sebenarnya Penternakan lemak di badan ,Perlepakan tak tahu nak buat apa sebab malas
nak keluar dari hostel dan Percuma makan dan minum lima kali sehari.Memang makan tanggung berak cangkung
kan ?Siapa yang tak suka macam ini.Hostel pun free,cantik tak ?HAHA.Tapi PakGuard dan MakGuard jangan
dilawan ye.Yang ini harus dihormat yang teratas -.- FINE jangan layan diorang lah.
Buang masa.

Back to the topic .
3P menawarkan pelbagai subjek dan salah satu nya adalah MCTS-SQL yang aku ambil ini.Subjek ini
untuk database Administration yang menggunakan Microsoft SQL.Kelas setiap hari memakan masa
lebih kurang lapan jam.Memang agak letih tapi aku gagahkan .Tujuan aku mengikuti kursus ini
untuk belajar benda baru dan yang penting sekali untuk Profesional Cert itu.Harus ye sebagai tujuan utama ke
kursus ini.Aku punya tempoh pembelajaran paling singkat iaitu sebulan sahaja jika dibandingkan dengan
subjek Comptia + Window7 yang mengambil masa satu bulan setangah.Aku harapkan classmate aku dapat buat
yang terbaik untuk Subjek ini.JYeahhh

Okehh,untuk kelas aku ini hanya diwakili oleh seorang pensyarah dari Universitas di Batam.Nama
pensyarah ini Tekad Matulatan.Whoahhh,dengan nama yang unik ini kami semua telah berTEKAD untuk
terus maju dengan Database Administrator tersebut.Kelas aku antara kelas yang bertuah mungkin
sebab dapat Pensyarah Foreigner.Sir Tekad memang speak in english sahaja no in bahasa.
 Baiklah,aku jahat sebab aku macam kutuk Sir.Tekad
tapi Sir sangat baik.Sir selalu bersabar dengan kami semua.Kadang-kadang ada diantara kami yang
datang lewat tapi Sir tetap akan tunggu dan masih boleh tersenyum.Tak penah dengar sedikit pun Sir
merungut.Pada waktu petang pula kalau semua dah tangkap mata kuyu-kuyu tu,Sir akan tetap STEADY
bercakap dengan semangatnye di depan kelas.Tapi yang kiteorang ni semua buat apa ?
Tengok gambar ,buka Metro online dan macam-macam lagi kerja yang tidak ada hubung kait dengan apa yang sedang
Sir terangkan.Kejamkan kiteorang,tapi bila Sir,suruh buat kerja (taip koding) semua
mesti buat.Thumbs Up untuk kita

Kedaan ini berlangsung sehingga la tamat minggu pertauliahan.Pada dua hari yang terakhir(EXAM PREP)
Sir dah siap bagi contoh soalan bersama jawapan.Ini bermakna kami perlu membuat latihan sehingga Faham
kesemuanya.Ehhhh memang tipu kalau ada sesiapa yang Faham .Aku menghafal jawapan adalah.Buat latihan sampai muntah.
Hendak mengadap laptop pun ta sanggup sebab teringatkan soalan dan jawapan.Untuk Hari terakhir kelas,kami perlu
menjawab 150 soalan seperti yang sir telah berikan dan perlu mendapat skor sebanyak 800 ke atas ;kerut dahi
aku bila fikirkan skor ini.Iyelahh aku ni ta berapa la pandai,tapi ta apa.Usaha tangga kejayaan :)
Untuk Ujian tersebut aku telah mendapat skor sebanyak 873 ;ta banyak mana kalau aku bandingkan dengan kawan-kawan
aku yang jauh lebih hebat dari aku.Dengan skor ini kami telah menerima tiga sijil pendahuluan .

Sumpah gambar kau dah memang bajek cam good-good.Btw,this is my score :)