HONSENTAP

Tuesday

(TIDAK) DIRANCANG DIJANGKA DITEMAN

Salam dan Hello
Perkataan yang berada diluar kurungan adalah perlu dilengkapi dengan perkataan didalam kurungan.*aishh*.apa aku men***t  ni.Okeh camni ,maknanya tajuk yang lebih panjang dan mudah difahami adalah begini
 TIDAK DIRANCANG TIDAK DIJANGKA TIDAK DITEMAN   dan apabila diringkaskan jadilah seperti tajuk di kotak tajuk  :)
Maaf,kekerapuan terlampau dan berbalik kepada tajuk sebenar.
Pada hari Khamis yang lalu aku terasa seakan kaki ingin bergerak dengan sendiri tanpa hala tuju.Bukan itu sahaja,aku juga rindu untuk melihat suasana sibuk sebuah bandar besar.Pikir punye pikir explore punya explore aku dan ina dengan spontan nye "kite pergi Pulau nak,nek bus".Respon ina pun baik sahaja.Its great babe.Kiteorang menghilang untuk beberapa jam tanpa pengetahuan ahli rumah merangkap membawa diri.
At first agak la takut ye,sebab kami membayangkan benda yang buruk-buruk seperti jenayah ragut.Dan dengan itu kami memang steady dengan Sling Bag je bersama Kamera dijaga rapi.Perjalanan  bermula pada 3.35p.m dengan menaiki Ferry dari seberang bersama bayaran $1.20 .


Setibanya kami di pulau kami mencari-cari bas yang boleh membawa kami ke kawasan berhampiran
komtar dimana tempat yang ingin dituju.Berlari-lari anak ke arah bas dan terus naik tanpa sebarang
bayaran sebab drebar tiada.Kami tersenyum girang dan bersahaja.Kemudian kami dibawa ke destinasi
yang ingin dituju dan tiba ke kawasan berhampiran Komtar.

Berjalan punya berjalan,dapat menikmati Magelek dan Cendol MACHA kacak punya*sounds macha sikit*.
Jalan dan terus jalan,menyinggah itu adalah harus sehingga terjumpa kedai keramat yang menerbangkan
wang ringgit aku.Ohhh Tidakkk.Akur dengan penerbangan wang ringgit itu demi benda yang diidamkan  :)

Jalan punya Ronda waktu untuk pulang sudah tiba,kami tak boleh lama sangat sebab ketakutan dengan tempat
yang kurang biasa dan meninggalkan Pulau pada jam 6.00pm menggunakan Ferry dengan wajah yang sangat letih.