Heylo Fellas
kesuntukan hari,jam,minit dan saat
semua telah terhitung dan aku masih terkurung
Dan ketika ini semua sahaja aku perlu korbankan
Kasih sayang terhadap keluarga
Kasih secawan kopi
Kasih manis senyuman untukmu
Aku semakin pantas bergerak dan semakin berkilat
Terlampau banyak benda perlu aku kerjakan
Tiada lagi masa untuk mengendahkan kata-kata kau
Aku tidak lagi menjaga hati aku sendiri
Tapi aku rasa lebih hebat begini kerana pasti aku melupai mahluk yang aku pernah cintai
Bermula hari baru yang ku harapkan dan ia menjadi kembali
Adakah itu petanda kau tercipta untuk aku
Aku cuba menceriakan hari yang penuh sarcastic ini dengan engkau di sisi
